Wednesday, June 19, 2013
handsome.
.tabah. kuat. sabar. ikhlas. baik hati. sopan santun. tawadhu'.
.handsome.
kenapa yang terakhir tu handsome? biasanya handsome digunakan untuk
lelaki. handsome yang aku maksudnya bukan kacaknya paras rupa. tetapi
kacak lelaki yang punya sifat sabar. kacak lelaki yang tidak mengambil berat
benda remeh. lelaki yang sopan dalam gagah. lelaki yang baik budi pekerti.
handsome yang cool. aku mahu sifat tenang yang mereka ada ini. :)
Wednesday, June 05, 2013
sister. :)
perasan tak?
bila perbincangan mengenai AURAT WANITA.
perbincangan itu akan menjadi serius.
perasan tak?
nada orang yang ada dalam perbincangan itu.
semua berbentuk nasihat.
perasan tak?
nasihat itu dari Al-Quran dan hadith.
nasihat yang menunjukkan pentingnya wanita menjaga aurat.
perasan tak?
bila bicara tentang aurat wanita.
ramai manusia yang turut risau.
tolong risau untuk mereka yang masih dedah aurat.
perasan tak?
betapa luas kasih sayang Allah.
bila bicara tentang aurat wanita.
seisi dunia akan risau.
istimewanya wanita.
perasan tak?
sayangnya Allah kepada wanita.
dan mahu semua wanita menjaga kehormatan diri.
" Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. semoga kami menjadi tulang belakang
kepada lahirnya sebuah daulah yang hebat suatu hari nanti"
Sunday, June 02, 2013
sengat.
kalau mahu dikira sebagai jihad.
ikhlaskan hati.
kalau mahu diterima amalan
ikhlaskan hati.
kalau mahu keputusannya cemerlang
ikhlaskan hati.
kalau malas datang menyinggah.
tamparlah diri.
kalau putus asa mula menyelinap.
tamparlah diri.
kalau semangat pergi meninggalkan.
tamparlah diri.
kau kata kau seorang muayyidah.
tapi cara kau belajar tak bersungguh.
kau banyak main dan tak serius.
kau lebih suka bermalas malasan.
kenapa kau macam ni.
mahu jadi orang bodohkah.
kalau tidak mahu.
sila.
betulkan niat selalu.
panggil semangat pulang.
serius dalam segala hal.
tegas dengan diri sendiri.
tak payah nak manjakan sangat diri tu. syaitan je semua tu!
Subscribe to:
Comments (Atom)