Monday, August 26, 2013


random.


  • kenapa aku tak menangis dan kesiankan diri sendiri yang banyak sangat dosa ni.
  • Rasulullah menangis untuk umat baginda. kenapa tiidak diri sendiri.
  • bayi yang kena hurung kerengga. Allah. kejamnya mereka.
  • dia yang tak ada. yang belum tentu aku sempat melalui fasa itu.
  • mahu buang rasa suka terhadap lelaki. tak perlu suka sesiapa.
  • kasut baru.
  • proposal AS yang belum siap.
  • proposal untuk program lain semester depan.
  • ketua ni nak ada ke tak.
  • bila ketua nak cari pengganti, aku terasa kalau nak cari pengganti juga boleh tak.
  • apa la punya ak kuat aku ni senang terpengaruh dgn keputusan orang lain.
  • reunion batch. tapi pagi tu ada kenduri dan kumpul sikit2 kabare.
  • ameerah jkd hebat. 
  • terfikir macam tak mampu buat semua benda untuk AS.
  • terasa macam salah buat keputusan masa terima AS.
  • kak maya dah nak kahwin. hadiah tak beli lagi.
  • kenapa whatsapp buat hal pula ni.
  • macam dah tak berapa nak rindu akhawat. kenapa eh?
  • result peperiksaan.
  • mesir syria palestin rohingya. turki negara hebat.
  • mana Allah dalam hati.
  • mana pergi mutabaah masa Ramadhan.
  • nak pergi walimah jamaie.
  • bila aku nak ada baby pula.
  • 12+1+1kecil. :)
  • kat twitter tak boleh cerita semua benda.
  • rasanya dah lama sangat aku tak menangis minta kat Allah.
  • kahwin.
  • lepas ni kalau budak2 batch kahwin, aku akan berusaha untuk datang.
  • ummi abah kena hormat. doakan. selalu.
  • adik adik ramai. dan aku sangat garang.

Saturday, August 03, 2013



dalam hati ada taman

bukan selalu rasa begini
bukan selalu jumpa orang begini
bukan selalu dapat bermanja begini.

Zahratul Hayah,
dahulu dua
bersatu menjadi satu.

Zahratul Hayah,
mula namanya aku tak suka
tapi bila bersama makin terasa cinta.

Zahratul Hayah,
entah bila hati bertaut
semua ini Allah yang susun
semua ini Allah yang izinkan.

Zahratul Hayah,
keluarga kedua 
selepas yang pertama.
keluarga kedua
penyokong tegar.
keluarga kedua
nangis tawa kongsi bersama.

Zahratul Hayah,
kalau aku salah
tegur dengan kasih sayang.
kalau aku salah
tegur dengan tegas.
kalau aku salah
tampar tampar supaya sedar.

Zahratul Hayah,
semoga bersama
sampai ke syurga Allah.


Credit : Kak Diba



Friday, August 02, 2013




teman.


hani. 

rasanya dia paling banyak kenal aku. rasa je la. kat uia memang dia kalau aku down aku ajak lepak. ajak makan aiskrim. selalu sabar dengan kerenah aku. kalau hani tak ada aku macam err.... kalau cakap lebih2 nanti dia perasan. haha. terima kasih hani. :)


huda.

dari satu tangga ke satu tangga. perlahan lahan kau melangkah. terharu dengan tekad kau untuk menjadi lebih baik. aku tau kau hebat. buktinya. sekarang kau lebih hebat dari aku. hammasah ada dalam diri kau. aku sentiasa doa kau terus hebat dan boleh pimpin tangan aku jadi hebat macam kau. sayang kau huda. :)


hamizah.

susah betul nak cari gambar budak sorang ni. mija yang pakai baju kurung coklat. dia bukan kat uia. dia kat UM. jauh. tapi memang aku tak lupa kat kau. cuma kadang tak tau nak sembang apa. rindu woi lama gila tak jumpa. member yang selalu nasihat aku. kalau aku jatuh dia mesti marah banyak  walau muka dia selalu blurr. HAHA. jangan risau aku tak lupa kat kau. :)







"Ya Allah, satukan hati hati kami, taat kepada Mu."



sekali lagi.

apa aku nak buat.

sekali lagi.

ke sebenarnya aku yang tak sedia.

sekali lagi.

aku rasa AS tak perlu ada.

tapi...