Sunday, October 27, 2013


terpilih

yang membantu perlu jaga hati
jangan ada rasa iri dan dengki
dengan mereka yang juga terpilih

yang membantu perlu betulkan niat
selalu selama lamanya 
betulkan niat

semoga Allah bantu
semoga Allah beri keputusan terbaik
semoga Allah mudahkan jalan andai menang nanti

orang hebat memang hebat
Allah bagi kelebihan pada dia
orang hebat yang menjadi contoh
untuk umat manusia supaya belajar
semua pasti boleh
jadi hebat macam dia

kuncinya,
kalau diri sendiri mahu semahunya.

Allah the best. Bittaufiq wannajah.
Semoga ini yang terbaik.

#Vote4FikriAhmad #Pray4FikriAhmad #PRKIIUM




Friday, October 25, 2013



hati

hai diri
hati hati dengan hati
hati hati jaga diri
hati hati dengan manusia

hai diri
kenapa kau begini
kenapa kau sakiti
kenapa kau penuhi

hai diri
hati kau besar
jangan kau isi dengan angan kosong
jangan kau isi dengan rasa iri
jangan kau isi dengan rasa benci

hai diri
cermin diri
koreksi diri
sayangi diri

hai diri
kau boleh jadi manusia hebat
bukan hebat dari tuhan
tapi hebat dari diri sendiri kini

hai diri
kau mahu syurga kan?
kau mahu disayangi kan?
kau mahu ketenangan kan?

hai diri
andai esok kau tiada lagi
tak akan ada lagi peluang hari kemudiannya

semoga kau punya hati yang kuat
tapi bukan kering
semoga kau punya hati ber iman
tapi bukan iman palsu
semoga kau punya hati berperisai
tapi bukan untuk menjauhi.

semoga hati ini tabah kuat hebat tenang.
kuat hati. kuaatttt. hati kau boleehhh!!!


Saturday, October 19, 2013



19102013

tarikh yang aku kira mungkin akan aku ingat
sebab ada peristiwa

Tarikh ini,
Almarhumah Nurul Hafizah punya hari lahir

Tarikh ini,
Ibu Khairun Nabilah berjumpa dengan yang dicinta Sang Pencipta

Tarikh ini,
Jasad dan ruh baru Allah beri izin untuk melihat dunia

setiap yang jadi ada sebabnya
Allah aturkan sangat cantik
kita yang kena cari hikmahnya
hati yang penuh iman akan tolong

kalau risau dengan diri sendiri
periksa semula iman
apa sudah diberi makan?

'semoga Allah berkati dan redhai mereka yang masih hidup dan yang telah pergi,
 semoga Allah ampuni dosa kita yang masih hidup'

Sunday, October 06, 2013


A tribute to....

Mereka yang penyayang
Mereka yang mengambil berat
Mereka yang mendoakan
Mereka yang menyokong
Mereka yang sering bimbang
Mereka yang pemaaf
Mereka yang pendiam
Mereka yang kepoh
Mereka yang cantik
Mereka yang garang
Mereka yang ke-ibuan
Mereka yang lincah
Mereka yang pemandu
Mereka yang ke-kakak-an
Mereka yang perisau
Mereka yang penasihat

Mereka yang dirindui
Mereka yang disayangi
Mereka yang di risaukan
Mereka yang di sisi. 

Terima kasih Allah atas nikmat siswi ISUG. :)