Monday, November 25, 2013


pergi

andai aku pergi
sesaat nanti

punyakah waktu
untuk aku taubat

punyakah waktu
untuk aku minta maaf

punyakah waktu 
untuk aku terima kasih

punyakah waktu
untuk aku jumpa semua

punyakah waktu
untuk kau minta maaf

punyakah waktu 
untuk kau terima kasih

punyakah waktu
untuk kau jumpa aku

nanti
mati
sudah terlambat 

menyesal kemudian
sampah sepertinya
sudah tidak berguna.

maafkan aku rakan. ini bukan cakap kosong. aku serius.

manusia

jauh tak nampak
dekat mengelak

jasad pinjam
hati pemandu

syurga mahal
neraka murah

tipu gila
kalau mahu yang murah

tipu gila 
kalau tak nak yang mahal

serius tipu. 
jangan tipu diri.
kat akhirat nanti
diri sendiri rugi.

Allah tak pernah tipu.


Saturday, November 23, 2013


#MegaUsrahMusical2013

sedikit sharing apa yang aku dapat dari Mega Usrah Musical kali ini.

    Bila kata usrah yang aku gambarkan, akan orang yang lebih dari satu atau dua. Kali ini punya usrah musical artis yang dijemput Mu'adz, IM Nazrul, Ust Nazmi, Hilal Asyraf, Farah Adeeba, Altimet, Mirwana, Mawi dan Lost Symmetry. 

   Bila tengok artis-artis yang datang. yang aku gambarkan adalah karakter berlainan setiap ahli usrah itu. Uniknya usrah musical sebab karakter2 yang berlainan ni. Uniknya usrah musical macam mana antara setiap ahli usrah tu boleh terima satu sama lain. Setiap artis yang datang dan yang berkumpulan boleh dikategorikan jadi satu jasad. Aku tak rasa Lost Symmetry tak berapa bagus. It's kind of gig and I'm ok with it. Kalau dalam usrah akan ada yang banyak cakap. Ada yang cakap nak perli orang je. Ada yang suka Nasyid. Ada yang suka dengar lagu hard-rock. Ada yang lemah lembut. Ada yang banyak ilmu. Ada yang pendiam. Kewujudan setiap orang dalam usrah itu sangat penting.

   Pandangan aku terhadap Usrah musical semalam bersandarkan kepada usrah aku selama kat uia sebenarnya. Bila masuk usrah aku jumpa dan dapat kenal orang orang yang lain cara pemikiran lain karakter dan sifat. Kalau ikut artis yang datang semalam aku kelaskna diri aku dalam kalangan yang mengarut dan tak baik sangat. Suka dengar lagu lagu lagu. haha. Tapi, tak pernah rasa dipinggirkan. Bukannya ahli usrah aku tak tahu aku suka tengok kpop, diorang tahu tapi tak terus asingkan aku. Kalau perli sikit2 tu aku tak kisah pun sebab biasa la sakat2 manja. Usrah jadi sempurna dengan sifat yang berlainan ni. Kita akan banyak refleksi diri bila tahu diri belum cukup baik. Sebab dalam usrah aku belajar banyak benda terutama cara nak tackle hati perempuan yang lembut dan kadang cepat terasa.

    Usrah ni best. kalau kita yang bestkan. usrah tak bosan lah. kalau naqibah bosan cakap je kat dia tapi jangan direct sangat. karang ayat manis2 sikit. hehe. Semoga semua terus thabat dalam usrah. Usrah ni sunnah Nabi. 

Sekian.

Thursday, November 21, 2013


hee mm...

sebab rasa rindu ada
rindu pada 

pada siapa?
pada siapa?
kenapa?

simpan saja.
sampai hilang.

Tuesday, November 12, 2013


ye ke ni. 

rasa diri jahat
serius ke kau rasa macam tu?

mana usaha kau untuk berubah
tak nampak pun.

jangan nak rasa je
usaha perlu ada

kalau tak 
membazir je la rasa tu

ke kau jadi baik sebab manusia
kalau la betul
maka tu adalah rugi paling besar

sebab manusia juga manusia
manusia lain juga minta dengan Dia.

kalau kau rasa kau jahat
cepat-cepat la berubah.

jangan omong kosong saja
sampai ke sudah kosong juga.




Saturday, November 02, 2013


rindu

aku rindu bermanja dengan kakak kakak best. 

T_T

sesak.

sesak
hati terasa sempit
kenapa agaknya?

sesak
harus bagaimana
mungkin sakit

sesak
mana Allah
cuba cari punca
kenapa sakit

sesak
dada sakit
sakit kerana duniakah

bodohnya manusia. 
jangan kau sesakkan dada dengan dunia.
nanti kau rugi.