Thursday, January 09, 2014


mutabaah amal


semoga aku buat sesuatu
hanya kerana Allah
kerana aku mahu
yang aku hidup 
hanya kerana Allah

sebab mutabaah aku
dah lama ke laut
semoga usaha kecil ini
dapat nyalakan api dalam diri
untuk terus istiqamah
dalam menjaga amal.

semoga
diri ini
terus istiqamah.

:)

ps: buku mutabaah amal d.i.y. Semangat baru! Semangat!

Friday, January 03, 2014


Allah. Allah. Allah.

sedarkan aku selalu
yang dunia ini
tidak manis langsung

sedarkan aku selalu
banyaknya dosa aku
yang belum bersih

sedarkan aku selalu
dunia ini tipu belaka.

Allah. Allah. Allah.

Semoga teman yang kau hantar
teman yang sentiasa nasihat aku.

Allah. Allah. Allah.


Thursday, January 02, 2014


cinta

diam sebentar
fikir dalam dalam

nampak kan

sebenarnya
diri ini tahu
siapa yang dicintai

sebab
yang cinta lillah itu
lain layanannya
jika dibanding dengan yang lain.

janganlah
seharusnya hati ini
sayang semua manusia
kerana Allah beri rasa itu
untuk menyayangi sesama.

jangan 
terlalu memilih
kita tidak tahu
mungkin ada
yang sangat cintakan kita
sentiasa doakan
kebaikan kita.

"Allah yang memegang hati hati kami, satukanlah hati hati kami sentiasa di dalam redhaMu"