Sunday, December 21, 2014



teman


beberapa tahun ini
berjuta gunung 
terima kasih.

berjuta gunung
juga
maaf dari hati.

semoga yang aku susahkan menjadi kenangan manis.

ahaks.

terima kasih nadrah anisah dan nur hazirah. :)

Wednesday, December 17, 2014


 Terima kasih.


baru sangat kenal. 
untuk semuanya. 
terima kasih 
#teampc dan #kakjan

:)

Wednesday, December 03, 2014


#MuzikalNatrah

eheh. sebelum apa-apa aku nak mohon maaf sebab selalu ponteng latihan. aku sebagai orang kampung. itu watak yang aku dapat untuk teater pertama dalam hidup aku. dan tak menyesal aku turut serta. banyak perkara aku belajar dari semua manusia yang terlibat dalam teater muzikal ini. aku yang susah nak buat kawan dan susah untuk ingat nama orang. aku ambil jalan mudah dengan ingat nama mereka ikut watak yang mereka pegang. maaf. tapi aku gembira dapat bertemu mereka.

pertama kali turut serta dan kenal mereka. banyak sekali berlapang dada. tidak ada sindiran sinis. tidak ada menilai manusia lain sesuka hati. aku lihat betapa semua manusia ini berusaha menjaga hati semua orang. aku lihat betapa manusia ini mahu memudahkan orang lain. aku lihat bagaimana mereka membentuk situasi positif dan cara memberi teguran dengan cara yang positif. 

paling terharu sewaktu pementasan. dari babak kosong. setiap kali teman itu ke belakang untuk salin pakaian untuk babak seterusnya. tiap kali itu juga dia kan kata, 'tak apa sikit lagi, awak boleh buat, sikit lagi'. padahal pada masa itu baru babak kosong. dan setiap babak yang habis dia ulang kata-kata yang sama. betapa. aku terasa nak menangis melihat situasi itu. ada juga yang menjaga adab dan juga berpegang teguh pada prinsip diri. aku kagum.

ternyata banyak sekali perkara yang aku belajar dari manusia-manusia ini. gabungan teater bersama muzikal dari acoustic band. itu juga mengharukan. kombinasi yang cantik. alunan muzik yang merdu bersama babak yang cantik. sungguh aku suka. semoga kita berjumpa lagi. semoga kalian masih sudi terima aku.

#shifaasudahlain

bila diri sendiri yang terasa lainnya
mungkin sudah ada yang tidak kena

kadang aku rasa baik baik saja
dengan kelainan ini

kadang aku rasa tidak kena
kerana terlalu lain

semoga kelainan ini 
membawa kepada yang baik

semoga diri
boleh belajar dengan salah
boleh belajar dengan kekurangan 
boleh belajar menjadi manusia

manusia yang punya tuhan
manusia yang mencari tuhan
manusia yang sedar

jangan lena wahai diri
khawatir kau terus hilang.