ISHAB
"Wahai Ikhwan, jadi saya mahu berterus terang dengan kamu kerana tiada guna
lagi saya berselindung. Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama
dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan
berjihad yang palsu."
"Ramai yang mudah berkhayal, namun tidak semua apa yang dibayang di kepala
mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap, namun
hanya segelintir daripadanya yang mampu bersabar ketika beramal. Ramai di
kalangan segelintir ini, yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di
kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal
yang nekad."

No comments:
Post a Comment