sayang.
semalam 190713. jumaat. akhirnya dapat juga aku ziarah kau Nurul Hafizah.
maaf aku tak datang masa jasad kau sedang diuruskan. semalam aku gembira.
akhirnya dapat jumpa kau. walau tak nampak muka. gembira sangat.
lepas tu pergi rumah kau, jumpa mak ina, kakak, dekwan, abah dgn im.
semalam aku mimpi kau. jelas sangat. kau pakai tudung kuning pengawas.
aku lari lari dan peluk kau. aku nangis kat kau. tapi kau tak pernah berhenti
senyum. kau senyuummm jeeee. aku nangis semangat sambil peluk kau...
sekarang kau tengah rehat sebab bulan Ramadhan. aku doa semoga Allah
luaskan dan terangkan tempat kau sekarang. dalam mimpi walau aku menangis
tapi hati rasa gembira. dapat peluk kau. kepala aku kat bahu kau. memang
kau orang yang aku takkan lupa. bunga kat kubur Hafizah putih kembang.
tak layu pun. nanti aku ziarah lagi. aku bawa banyak banyak banyak pokok.
tanam supaya kau lebih sejuk. jumpa kat syurga.
.:terima kasih huda hani ceno effy bawa saya sekali.



No comments:
Post a Comment