dalam hati ada taman
bukan selalu rasa begini
bukan selalu jumpa orang begini
bukan selalu dapat bermanja begini.
Zahratul Hayah,
dahulu dua
bersatu menjadi satu.
Zahratul Hayah,
mula namanya aku tak suka
tapi bila bersama makin terasa cinta.
Zahratul Hayah,
entah bila hati bertaut
semua ini Allah yang susun
semua ini Allah yang izinkan.
Zahratul Hayah,
keluarga kedua
selepas yang pertama.
keluarga kedua
penyokong tegar.
keluarga kedua
nangis tawa kongsi bersama.
Zahratul Hayah,
kalau aku salah
tegur dengan kasih sayang.
kalau aku salah
tegur dengan tegas.
kalau aku salah
tampar tampar supaya sedar.
Zahratul Hayah,
semoga bersama
sampai ke syurga Allah.
![]() |
| Credit : Kak Diba |

i like. :D
ReplyDelete