Sunday, December 29, 2013


Abang saya dua dua handsome. 
Semoga Allah berkati
Semoga Allah mudahkan
Semoga Allah pelihara
Semoga Allah beri yang terbaik
Semoga Allah jaga hati.

Yang benar,

----------------
(Adik yang disayangi)

Sunday, December 15, 2013



#Fastaqim #UsrahOutdoor


sebenarnya

masa bertolak dari uia hingga tunggu organizer 'feed the homeless' sampai, memang hati tak ikhlas. malas. rasa nak mengamuk. tapi dalam masa yang sama, pujuk juga hati supaya betukan niat dan cari sesuatu yang Allah nak ajar hari ni.

mula

sampainya kereta besar, hati dah baik sikit. lepas sembang2 sikit sebelum mula edar makanan pada client. masa dengar briefing, alunan zikir dipasang sementara client2 mengambil tempat masing-masing. mungkin kerana suasana agak gelap, alunan zikir sepertinya sangat sayu. dah tak fokus pada briefing pakcik khai. hati berdebar gila sebab takut sangat tak ikhlas buat semua kerja malam tu. sebab kalau tak ikhlas, memang orang boleh nampak. sikit-sikit hati mula terbuka. mungkin sebab melihat mereka yang
begitu.

agih
barisan dibuat, untuk pass makanan yang sedang diisi. fikirran mula berfungsi. murninya mereka, sanggup setiap minggu untuk turun buat kerja sukarelawan ini. makin kagum bila melihat hubungan baik tergur sapa antara mereka dan client. aku yang ditarbiyyah sejak azali pun tak jadi sampai begitu. terasa diri sangat teruk.

welcome.
kehadiran kami yang freshie dan seciput. mereka sangat welcome. siap ajak pergi family day. orang orang ini kalau dapat tarbiyyah, aku sangat pasti mereka akan lebih hebat dari aku. semangat untuk membantu client yang datang. senyum ikhlas yang mereka beri pada client. rasa sangat ikhlas. cara mereka cakap dengan freshie pun sangat welcome. baru jumpa sekali, rasa macam nak datang lagi. cuba ambil semangat dan jiwa mereka.

semoga
Allah redha dan berkati amal kami. Allah beri kekuatan dan petunjuk pada client2 untuk terus berusaha dalam hidup. 

semoga 
Allah kuatkan hati aku untuk terus menuntut ilmu.

Saturday, December 14, 2013


ini memori namanya

"jom duduk jauh sikit, nanti boleh crop"

haha. tengok2 gambar lama di facebook. terjumpa gambar ni. teringat cerita lama. sebenarnya sebelah kiri gambar ni ada gambar skali dengan mak ina dan lain2. tapi dekjah ajak ambil gambar macam ni. jauh juga la sebenarnya kami berdiri dengan yang lain2. tiba2 rindu teramat datang serang. ingat lagi kalau peluk kau memang kau boleh terlindung sebab rangka kau kecil.

semoga Allah cerahkan tempat tinggal Nurul Hafizah sekarang. masa aku belum tiba, tapi pasti akan tiba. semoga Allah panggil aku sepertimana baiknya Allah panggil kau. 

rindunya. kalau lah kawan kawan kat sini tau aku sayang diorang macamana aku sayang kau.

Jumpa kat syurga insyaallah. :)

Friday, December 06, 2013


setiap kali 
jantung berdebar

setiap ternampak
jantung berdebar

setiap teringat
jantung berdebar.

Allah.Allah.Allah.

ampuni aku.

Thursday, December 05, 2013


lari sambil mendepa tangan
angin petang diserap sedalamnya

lari lagi dengan tangan terdepa
tanpa henti pusing padang

lari dan terus lari
mengah terasa tapi lari diteruskan

tenangnya perasaan ini
dinginnya angin petang

lari lagi dan terus berlari
walau hanya angan angan

aku ingin berlari begitu
di tengah padang layang-layang

sambil senyum
aku menikmati nikmat tuhan
angin laju di tengah tengah
padang layang layang

tenangnya
aku mahu ke sana

Wednesday, December 04, 2013


#SoalanSerius

Macam mana kita nak tahu diri kita sayangkan seseorang lillahita'ala?

‪#‎SoalanSerius‬

Antara jawapan yang terkumpul.

1. you will help her at any cost without expecting any return of favour. You will feel happy whenever you are with her, or happy to help. tak rasa terbeban membantu. selalu bayangkan muka dia dalam rabithah.

2. bila dia buat something yg against Allah suruh, and kita tak takut nak tegur. and kita tegur dia sebab kita sayang dia...kot.

3. well *at any cost tu ada la limitation. tapi kalau terpaksa tolak untuk membantu, you will help to find other help for her. Yes, tak takut nak tegur dia, takde rasa bersalah nak tegur.

4. Rapat dengan dia sebab dia mengingatkan kita pada Allah, bukan sebab she is funny or rasa masuk dengan dia. but solely because of Allah.

5. Tenang.

6. Tahap yang best, tak kisah kalau bermadu dengan dia. *theory sendiri*

7.Bila kita tak bersangka sangka dengan dia. which is bila kita bersangka buruk dengan dia tu, tu dah sebenarnya terkeluar dari range ukhuwwah tu sendiri.

8. Nak bersangka pun jadi sangat tak best.

9. Bila kita sentiasa nak kebaikan untuk dia walaupun kebaikan tu pahit samada untuk kita ataupun dia.

10. Kita nak sama sama masuk syurga dengan dia. So any action kita buat semua atas tujuan tu. #my2cent

11. First kita sayang Allah dulu dengan sepenuh kasih sayang. Then dengan automatik kita akan sayang dia lillahita'ala. Kalau rasa masih ada jurang dan rasa tak sedap hati sebab tak cukup sayang dia, so maksudnya kita masih kurang sayang Allah dan tak bersungguh bersahabat kerana Allah. #Jawapan secara logik#

Sunday, December 01, 2013


jantung

laju
kerna tahu
hati ini
degup ini
sedang buat salah

mohon
jangan rosakkan lagi
hati ini sudah hitam
sangat hitam

mohon 
bertaubat
jangan benarkan
ia berdegup 
kerana salah diri.