Sunday, December 15, 2013
#Fastaqim #UsrahOutdoor
sebenarnya
masa bertolak dari uia hingga tunggu organizer 'feed the homeless' sampai, memang hati tak ikhlas. malas. rasa nak mengamuk. tapi dalam masa yang sama, pujuk juga hati supaya betukan niat dan cari sesuatu yang Allah nak ajar hari ni.
mula
sampainya kereta besar, hati dah baik sikit. lepas sembang2 sikit sebelum mula edar makanan pada client. masa dengar briefing, alunan zikir dipasang sementara client2 mengambil tempat masing-masing. mungkin kerana suasana agak gelap, alunan zikir sepertinya sangat sayu. dah tak fokus pada briefing pakcik khai. hati berdebar gila sebab takut sangat tak ikhlas buat semua kerja malam tu. sebab kalau tak ikhlas, memang orang boleh nampak. sikit-sikit hati mula terbuka. mungkin sebab melihat mereka yang
begitu.
agih
barisan dibuat, untuk pass makanan yang sedang diisi. fikirran mula berfungsi. murninya mereka, sanggup setiap minggu untuk turun buat kerja sukarelawan ini. makin kagum bila melihat hubungan baik tergur sapa antara mereka dan client. aku yang ditarbiyyah sejak azali pun tak jadi sampai begitu. terasa diri sangat teruk.
welcome.
kehadiran kami yang freshie dan seciput. mereka sangat welcome. siap ajak pergi family day. orang orang ini kalau dapat tarbiyyah, aku sangat pasti mereka akan lebih hebat dari aku. semangat untuk membantu client yang datang. senyum ikhlas yang mereka beri pada client. rasa sangat ikhlas. cara mereka cakap dengan freshie pun sangat welcome. baru jumpa sekali, rasa macam nak datang lagi. cuba ambil semangat dan jiwa mereka.
semoga
Allah redha dan berkati amal kami. Allah beri kekuatan dan petunjuk pada client2 untuk terus berusaha dalam hidup.
semoga
Allah kuatkan hati aku untuk terus menuntut ilmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment