kalaulah
aku boleh minta supaya sesiapa jangan beri nombor aku. sebab aku tak bertanggungjawab. aku dah serik nak jadi contact person. sebab perangai tak tau nak jawab apa dan berakhir dengan orang tu sakit hati aku tak balas mesej. so aku dah dapat solusi. mohon jangan beri nombor aku pada sesiapa pun. aku tak mampu. jangan paksa. mohon. mohon juta kali, mohon. aku tak nak zalim orang lain lagi dah. maka jangan mula dengan perkenalkan aku dengan orang lain. maaf. perangai buruk aku. sebab aku manusia yang tahu perlunya ikhlas tapi payah untuk aku lakukan. tapi sedang mencuba. maaf sekalian manusia. Allah tahu apa yang ada dalam hati aku sekarang. semoga Allah ampuni aku. mahu berterus terang. tapi takut memikirkan persepsi dan expectation orang lain tentang itu dan ini yang kita tak mampu buat. takut. sebab aku manusia yang punya hati yang selalu juga memikirkan persepsi dan pandangan orang terhadap aku. maaf. perangai buruk aku. sungguh segala yang sempurna hanya milik Allah. sebab tak semua orang boleh faham orang lain dengan sefahamnya. semoga Allah tak tarik hidayah Islam ini dari aku. nikmat iman ini yang kadang aku tuturkan tapi belum aku dalami. semoga Allah ampuni dosa aku. memang ditulis begini kerana tak ada orang baca blog ini dan kalau ada tak mungkin dia mahu baca kerana tulisan panjang berjela semata. maaf. sikap buruk aku. jangan pernah letak expectation tinggi terhadap aku. mohon jangan. jangan pernah letak. walau mungkin aku punya impian tapi. kadang aku jatuh bukan sekadar tersungkur tapi sudah jauh ke mantel bumi. tapi aku sorok supaya tidak ada simpati atau sekali lagi pandangan sinis orang tentang aku yang 'itu pun tak boleh buat ke'. betul la don't assume, ask. tapi kalau aku tanya banyak kerja tak jalan apa akan mereka kata. mereka pasti rasa, aku hanya fikir tentang diir sendiri dan tak fikir ada orang lain yang tungkus lumus perah keringat untuk bekerja. maaf. sikap buruk aku. betul semua itu bukan alasan untuk aku untuk tidak mahu bergerak. betul semua salah aku. betul dah ramai yang aku zalimi. mungkin pahal cenonet aku pun kalau nak tutup dosa dosa tu tak cukup. tapi tahulah. aku juga manusia yang struggle untuk jaga hubungan dengan Allah. aku juga tungkus lumus untuk tidak menzalimi orang lain. tak apa kalau mereka tak dapat hadam perangai aku atau level aku yang lembab tahap mantel bumi. tak apa kalau mereka rasa aku seorang yang pentingkan diri. mungkin memang itu yang aku tunjukkan selama ini. maaf. skap buruk aku. aku tak suka cerita kat orang hal sebenarnya. rasanya ramai saja yang juga tak suka. yup, aku selalu tak telus. bagaimana mahu telus kerana jika kau telus yang orang nampak nanti kerana aku pemalas. lari dari masalah itu bukan penyelesaian. ya aku tahu. tak ada manusia yang boleh dicerita tentang semua cerita. kerana manusia lain juga punya masalah. semoga. semoga. semoga. aku mahu pulang ke rumah. T__T
No comments:
Post a Comment