Wednesday, July 31, 2013
Jangan pergi !
kenapa tiba-tiba rasa macam rindu pada akhawat kurang.
dah lama tak jumpa tapi kenapa rasa biasa.
apa dah jadi ni.
takutnya.
Allah.
aku ada buat salah ke ?
aku tak ikhlaskah dalam bersahabat ?
aku tak bersyukur kah dengan nikmat ini ?
"Allah semoga rindu dan cinta kepada akhawat tidak hilang."
muhasabah diri
pertama kali bawa usrah sekolah tadi. perasaan. sangat best. suka.
tapi, sekolah bukan prioriti sekarang. macam sedih sikit. jadi, apa
nak cerita. ermm... masa awal-awal berdebar. lepas tu laju jeeeee
cakap macam air keluar. banyak kepada sharing. tengok muka adik2
tu, rasa kesian sebab jumpa kejap sangat. ruginya. tapi yang paling
penting apa yang aku cakap kat diorang, aku kena buat dulu. harap
begitu. memang banyak benda boleh buat muhasabah bila dengan
diorang. apa yang aku cakap tadi memang banyak sebenarnya untuk
muhasabah diri sendiri. Allah semoga Engkau kuatkan aku amalkan
apa yang aku cakap tadi.
List perkara yang aku kena buat sbb dah cakap :-
- Mutabaah jaga dengan sangat serius dan teliti.
- Tengok orang dengan kasih sayang.
- Sayang semua orang.
- Sentiasa berlapang dada.
- Kebergantungan dengan Allah mesti lebih.
- Banyakkan rujuk Al-Quran.
- Jadikan usrah mana2 pun fun dan diminati.
- Belajar dan dakwah itu ibadah dan sama penting.
"semoga Allah kuatkan jasad dan ruh untuk laksanakan tanggungjawab ini."
![]() |
| Semangat! :) |
Tuesday, July 30, 2013
ISHAB
"Wahai Ikhwan, jadi saya mahu berterus terang dengan kamu kerana tiada guna
lagi saya berselindung. Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama
dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan
berjihad yang palsu."
"Ramai yang mudah berkhayal, namun tidak semua apa yang dibayang di kepala
mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap, namun
hanya segelintir daripadanya yang mampu bersabar ketika beramal. Ramai di
kalangan segelintir ini, yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di
kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal
yang nekad."
Monday, July 29, 2013
cerita
pada awan biru ku melakar kata kata.
pada langit cerah ku panah semua cerita.
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi.
berterbangan jiwa merentasi pelangi.
kadang ada cerita yang perlu disimpan dalam hati. biar diri dan Allah yang tahu.
perkara kecil yang mungkin boleh mengalihkan pandangan dan fokus pada Ilahi.
kalau penat sikit biasalah bila tak bisa diluahkan. semoga Allah kuatkan hati.
semoga cinta Allah dan Rasul jadi nombor satu. semoga cinta lain dilupakan.
menangis sikit untuk minta Allah lupakan. boleh kan. banyak lagi benda lain boleh fikir. :)
Studio Khalifah
Alhamdulillah. selesai tiga hari ber- Studio Khalifah dengan nuqaba'2 INTERGOMB.
adik adik yang perlu ditatang bagai minyak yang penuh. ditatang supaya mereka
terus hebat dan sentiasa bersama di atas jalan ini. yang datang kali ni semua form
4. semua sama batch. samada ni perasaan aku je atau memang bila datang dengan
batch sendiri rasa lain sikit. keterikatan pun lain sikit. semua selalu senyum.
sayangnya aku tengok mereka. aku juga ada batch mungkin sebab tu perasaan dah
transfer ke adik adik. sejak hari pertama ajk semua hebat. tak rasa stress kerja
dengan ajk SK kali ni. orangnya cukup dan saling tolong menolong. mungkin ini
berkatnya dan rahmat bulan Ramadhan. bulan yang Allah lipat kali gandakan
amalan. dan agak susah sebenarnya untuk aku, kena selalu tajdid niat. bukan
main2. semoga Allah terima amalan kami semua selama tiga hari 26-29/ 07/13.
![]() |
| Terima kasih AJK dan fasi yang banyak tunjuk ajar. :) |
![]() |
| Semoga menjadi pelapis untuk dakwah. :) |
Monday, July 22, 2013
bila.
bila hati mula bercelaru
pasti ada perkara tak selesai
tak selesai dengan Sang Pencipta.
hubungan tak dijaga.
hak Sang Pencipta aku tak tunaikan.
banyak minta maaf.
banyak bertaubat.
kalau mahu hati tenang.
kalau mahu hidup lancar.
hasbunallah wa ni'mal wakeel.
"cukuplah Allah untukku"
jangan layan emosi yang tak menentu.
terus tenang dan rancang dengan teliti.
Saturday, July 20, 2013
sayang.
semalam 190713. jumaat. akhirnya dapat juga aku ziarah kau Nurul Hafizah.
maaf aku tak datang masa jasad kau sedang diuruskan. semalam aku gembira.
akhirnya dapat jumpa kau. walau tak nampak muka. gembira sangat.
lepas tu pergi rumah kau, jumpa mak ina, kakak, dekwan, abah dgn im.
semalam aku mimpi kau. jelas sangat. kau pakai tudung kuning pengawas.
aku lari lari dan peluk kau. aku nangis kat kau. tapi kau tak pernah berhenti
senyum. kau senyuummm jeeee. aku nangis semangat sambil peluk kau...
sekarang kau tengah rehat sebab bulan Ramadhan. aku doa semoga Allah
luaskan dan terangkan tempat kau sekarang. dalam mimpi walau aku menangis
tapi hati rasa gembira. dapat peluk kau. kepala aku kat bahu kau. memang
kau orang yang aku takkan lupa. bunga kat kubur Hafizah putih kembang.
tak layu pun. nanti aku ziarah lagi. aku bawa banyak banyak banyak pokok.
tanam supaya kau lebih sejuk. jumpa kat syurga.
.:terima kasih huda hani ceno effy bawa saya sekali.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)







