Sunday, September 01, 2013


Batch11 Pre-reunion

Sabtu. 310813. 8pm. Kapten Steambot.
        Alhamdulillah. majlis lancar. walau tak penuh kehadiran tapi ramai dan riuh. rindunya kat semua Allah yang bagi rasa. majlis dipengerusikan oleh ishraf hakim. majlis dimulakan dengan Al-fatihah dan juga tak lupa doa kami untuk almarhumah Nurul Hafizah. semoga kau sentiasa tenang dan Allah luaskan tempat kau sekarang. mula je dia sebut sedekahkan, haa mata dah berair. insyaallah kami akan sentiasa doakan kau, kami rindu kau Hafizah. :)

cantik kan? :)
               Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil banin, Dato Hisham. Ucapan terima kasih dan terhar*kot la*. dan juga kesyukuran kepada Allah dipanjatkan atas ukhuwwah yang diberi izin Nya untuk dibina dan dihargai bersama. indah kan? :). diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil banat, Maryam Rufaidah. diberi satu hadis *tak salin so tak ingat sangat* tapi yang pasti hadith tu cakap tentang kesengguhan kita dan tak sabarnya nak berjumpa dengan Allah. dan ukhuwwah antara KITA SEMUA semoga dapat jumpa dan berbahagia di syurga juga. seterusnya, Effy bentang planning untuk betul betul punya reunion iaitu pada akhir 2015 atau awal 2016. yang tu akan buat family day besar dan mungkin tigahariduamalam dan tempat mungkin jauh sikit dan juga effy dah ingatkan supaya kumpul duit dari sekarang sebab bajet mungkin ringgit malaysia 300 ke 400. 

           Seterusnya mula la sesi makan makan makan. kenyang. semabang sembang. update diri masing. oh lupa, kak aten dgn kak hanim pun ada. happening habis. gembira tengok bila dua dua ahli baru batch boleh selesakan diri. dah habis ringgit malaysia 28 makan, masa bergambar pula. haha. perangai kanak kanak mereka masih ada. sakat menyakat memang tak boleh blah. tapi aku dah tak kisah dah. buat tak tahu sudah. memang sebelum balik semua salam salam. muka semua berat hati nak balik. sebab serius susah gila nak kumpul ramai ramai macam ni. memang bersyukur sangat sangat. aku dah cakap juga, budak batch tak boleh kahwin sesama kita sebab nak bagi keluarga batch11 berkembang besar. :)

banat donat.
semoga kita semua masuk syurga sama sama. duduk sama sama. sembang sama sama. lagi. 

"Serius sayang gila kat korang semua."
        

No comments:

Post a Comment