Friday, September 13, 2013


menangis.

untuk siapa kau menangis.
untuk apa kau menangis.
siapa yang buat kau menangis.
bila kau akan menangis.

bila depan orang
kau sentiasa tersenyum.

bila depan orang
kau berlakon kuat.

bila depan orang
kau begitu sebab tak mahu mereka risau.

bila belakang orang
sendiri kau menangis.
menangis seorang diri.
di dalam bilik yang dingin.

dengan Allah hati kau tetap
dengan Allah kau pautkan keyakinan
dengan Allah banyak kau bercerita
dengan Allah sepatutnya kau kongsi semua perkara.

dalam medan ini
jangan bekerja hingga penat tetapi kosong

dalam medan ini
jangan kau mangadu penat tapi hidup penuh dengan karat

dalam medan ini
sucikan hati ikhlaskan hati
semoga Allah tenangkan hati ini
semoga Allah tuntun hati ini
semoga Allah benamkan hammasah dalam diri.

aku juga manusia.
yang kadang memerlukan manusia lain.
sebagai penyokong
sebagai pendokong
sebagai pemberi semangat melalui pelukan hangat
sebagai pemberi semangat melalui kata-kata.

aku sebenarnya suka menangis
aku teringin menangis di hadapan akhawat
menunjukkan aku juga lemah
menunjukkan aku kuat dengan ada mereka.

tapi yang wujud hanya senyuman di hadapan mereka
semoga senyuman aku menyenangkan hati akhawat lain ketika bertemu
semoga mereka sentiasa gembira berjumpa aku.
biar sakit sikit untuk kegembiraan orang lain.

.hm pernah nak nangis kat hani tapi tak boleh gak. nice. :)

No comments:

Post a Comment