Saturday, June 18, 2016


'Shifaa kek batik'

Bermula dengan satu hari tu teringin nak makan kek batik. Maka dengan gembiranya buat ikut resepi dalam youtube. Bila dah jadi makan sikit dan esoknya bawa ke tempat kerja. Kongsi dengan kawan kawan.

Wahai! Diorang suka.

Dan adalah satu kegembiraan bila masak dan dapat bagi orang makan. Bila dah beberapa kali buat dan bagi diorang rasa, diorang tengok aku akan nampak kek batik.

Maka dua minggu lepas sebelum balik Johor, aku pack kecil2 supaya senang diorang nak makan kat rumah atau yang berbuka dalam kereta. Gembira sangat gembira. Salah satu sebab aku buat macam tu sebab tak nak diorang berbuka dengan rokok. Dan benda tu berjaya!

Bukan ucapan terima kasih yang aku harapkan. Cuma perasaan bahagia yang Tuhan beri pabila kita memberi. Perasaan dalam hati yang cuma sendiri rasa. Ucapan terima kasih yang diterima sebagai bonus dari Tuhan juga.

Ada yang kata, makanan boleh mengeratkan silaturahim. Dan ternyata perkara itu benar. Untuk bina hubungan perlu dimulakan dengan sesuatu. Dan cara aku, makanan. Itu sahaja yang aku reti.

Semoga terus senyum dan dapat bersama sama mengingatkan kepada Allah apabila kita berkawan. :)

No comments:

Post a Comment